POST MORTEM (BEDAH SIASAT)
Cuba kita periksa permasalahan di atas, samada betul atau
tidak berlaku ketidakluhuran hubungan kasih antara makhluk dengan Khalid-Nya.
Antara fakta tersebut ialah:-
1) Pernahkah kita
mengkaji sifat Tuhan sehingga dapat merasakan dalam hati, Tuhanlah yang
sepatutnya diagongkan dan dibesarkan lebih dari segala-galanya.
2) Kita belum
merasakan hanya kepada Tuhanlah tempat meminta pertolongan. Buktinya dalam apa
jua masalah yang timbul kita tidak merujuk kepada Tuhan. Kita lebih banyak
mengadu dan menceritakan masalah-masalah kita kepada manusia.
3) Begitu juga
kita tidak menjadikan Tuhan sebagai pujaan atau kecintaan. Lebih-lebih lagi
untuk menjadikan Tuhan sebagai idola. Buktinya, kita lebih mencintai isteri
atau suami dan anak-anak. Kita sanggup berkorban untuk isteri atau suami yang
tersayang daripaa berkorban untuk Tuhan. Seorang ibu sanggup bercengkang mata
menunggu anak yang terlantar sakit berbanding bercengkang mata melakukan solat
di tengah malam kerana rindu kepada Tuhan. Itu sahaja sudah cukup membuktikan
bahawa kita lebih mencintai anak daripada mencintai Tuhan.
4) Bahkan banyak
lagi perintah Tuhan yang masih kita abaikan malah kadang-kadang kita
pertikaikan karana ia amat bertentangan dengan nafsu kita.
5) Rasa bertuhan
atau sensitiviti kepada Tuhan sudah tidak ada lagi di hati kita. Buktinya kita
merasa kagum, hairan dan takjub kepada sesuatu ciptaan Tuhan tetapi sedikit pun
tidak kagum dengan Tuhan yang menciptakan benda tersebut. Misalnya, orang kagum
dengan bangunan pencakar langit, sehingga berlumba-lumba bersaing membina
bangunan yang tinggi-tinggi. Tapi yang peliknya, orang tidak pernah mengkagumi
Tuhan yang menciptakan alat-alat untuk membuat bangunan itu seperti batu, besi,
pasir dan sebagainya.
Begitu juga orang kagum dengan teknologi canggih era siber,
tapi tiada seorang pun yang kagum pada Tuhan yang mampu berkomunikasi tanpa
perantaraan apa-apa. Tuhan mampu berkomunikasi dengan manusia dalam satu masa
di dunia hanya melalui sejenis alat komunikasi teknoloji paling tinggi yang
diciptakan Tuhan iaitu hati.
Hati dapat berkomunikasi dengan Tuhan tanpa ada perantaraan
apa-apa. Gelombang hati ini boleh bergerak lebih laju daripada gerakan cahaya.
Itulah teknoloji ciptaan Tuhan yang tiada siapa dapat mengatasi kecanggihannya.
Namun tiada siapa yang mengkagumi kehebatan Tuhan itu.
6) Manusia kagum
dengan keajaiban otak, tetapi tidak pernah kagum kepada Tuhan yang mencipta
otak. Pendek kata manusia sangat memuja alam semesta ini tetapi Tuhan yang
mencipta alam itu tidak dipuja dan diagungkan.
Lihatlah betapa terpesongnya hidup kita dalam pencarian
Tuhan di alam yang fana ini.
Yang direbut-rebut ialah alat (dunia/kekuasaan/kemewahan,
dll), bukan matlamat (cinta ALLAH/Alam Akhirat).
Justeru itu, perjuangan memperkenalkan Tuhan mestilah
diutamakan dan dibuat secara intensif sehingga hati manusia benar-benar merasa
bertuhan. Setelah itu barulah diperjuangkan syariat Tuhan.
ALLAH jadikan syariat itu semata-mata untuk keselamatan
manusia. Apabila sudah ada rasa bertuhan, barulah mudah manusia menerima
syariat Tuhan itu.
Orang yang sudah kenal dengan Tuhan, jatuh hati pada Tuhan,
cinta pada Tuhan, baharulah dia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh
Tuhan. Agar dengan syariat tadi, manusia hidup bersatu-padu, boleh bekerjasama,
hidup harmoni dan bahagia dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan
bangsa.
Sepatutnya inilah tugas para daei, mubaligh-mubaligh dan
ulama di dalam berjuang.
Kita sepatutnya mengajak manusia supaya menyembah Tuhan,
membesarkan Tuhan dan mengagungkan-Nya mengikut jalan yang ditunjuk-Nya. Bukan
dengan cara yang direka-reka mengikut kehendak sendiri. Sekalipun yakin cara
itu betul tapi ternyata apa yang diperjuangkan akhirnya menyimpang jauh dari
Tuhan.
Kalau kita benar-benar ingin menuju Tuhan, jalannya telah
dinyatakan dan jelas sekali berserta contoh-contoh yang dibuat oleh Rasulullah
SAW. Cuma kadang-kadang kita yang menyulitkan jalan yang telah jelas tadi.
Buktinya, walaupun banyak ceramah agama dan dakwah dilakukan
di merata tempat tapi isinya berunsur politik dan unsur-unsur yang membawa umat
Islam kepada pergaduhan dan perpecahan.
Walaupun masing-masing mendabik dada mengatakan apa yang
diperjuangkan adalah Islam, tapi hakikatnya umat Islam semakin berpecah dan
tidak bersatu. Kata-mengata, fitnah-menfitnah, mengadu domba dan mencanai
kesalahan orang menjadi agenda utama dalam ceramah yang disampaikan. Hasil
perjuangan yang dilagang memporak-perandakan masyarakat Islam, malah menjauhkan
manusia daripada Tuhan. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Tuhan di Yaumil
Mahsyar kelak!.
Persoalan Tuhan, sedikit sangat atau langsung tidak disentuh
di dalam ceramah-ceramah. Jauh sekali Tuhan hendak disanjung dan dibesarkan di
dalam ceramah itu. Apalagi hendak diperkatakan tentang nasib di Akhirat. Kalau
begitulah, apakah layak kita digelar pejuang Islam?.
(Tarbiah di atas diambil dari Buku AQIDAH MUKMIN I dan
MAJALAH ‘ALIM dengan sedikit tambahan oleh penulis supaya lebih jelas
maksudnya).
saya sangat berbangga dengan corak pemikiran saudara.
ReplyDeleteJarang anak muda pada zaman kini yang mengambil serius isu ini.
SYABAS saudara Arif!!!!
saya sangat berbangga dengan corak pemikiran saudara.
ReplyDeleteJarang anak muda pada zaman kini yang mengambil serius isu ini.
SYABAS saudara Arif!!!!
saya sangat setuju dengan saudara.
ReplyDeleteJarang anak muda pada zaman ini yang mengambil serius isu ini.
SYABAS saudara Arif!!!