PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH
Apa itu perjuangan Jihad Fisabilillah?.
Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya
bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah
(dalam waktu aman) adalah sebagaimana berikut:-
Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang
bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu
jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang
Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus
diperjuangkan agar menjadi ibadah.Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh
menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.Iaitu
ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan,
Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.
Sila rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).
Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar
hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas
dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun
disuruh) dan lain-lain.Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu
daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong
sebagai jihad fisabilillah.Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja,
Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud,
“Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.Fahaman kebangsaan adalah
fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing
ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak.Kemudian
Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang
kerana kebangsaan”.Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama,
bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan
bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat
dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan
dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.Begitu
jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme,
sosialisme, sistem demokrasi terbuka@berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya
merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.Inilah
yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya
ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang
berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al Quran dan
Hadis untuk mencapai matlamatnya.
Dan bagi kita
pula,tidakseharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia bukan
digolongkan sebagai jihad fisabilillah!.Jihad fisabilillah yang sebenarnya
adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni
kehendak Al Quran dan Sunnah.AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada
semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di
dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi,
di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.Kemudian
perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga
betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah
yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati
dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH.
Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.Malangnya, ada di kalangan
pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang
hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak
isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar.
Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek
negara sahaja.Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua
aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada
mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah
tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam
sejagat.Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif,
ba, ta (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat
hingga ke hujung.Demikianlah kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira
amat jelas dan terang sekali akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’. Tidak ramai
ulama yang boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini
ramai yang sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik
tertentu. Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau
tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.Itu baharu kita
memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.Belum lagi kita membicarakan
tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.Sebab orang zaman sekarang sudah tidak
faham lagi akan maksud mereka berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan
dan nafsu mereka semata.Sebab apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah
menguasai hati, akal sudah tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka
berlakulah kemungkaran kerana, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada
kejahatan”.Di sini suka saya mengutip sebuah madah bertajuk ‘Tujuan Berjuang’
dari Majalah ‘Alim untuk renungan bersama.